Tuesday, December 14, 2010

Cinta Ilahi



Aku adalah malam yang tersedu dalam kelam
Yang membasah tanpa ada yang memandang
Yang menyinari dengan rembulan 
Tapi tiada kesan ketika pagi menjelang 
Aku berharap dengan cinta
Berbicara kepada cinta
Meminta untuk cinta
Dan hanya karena cinta
Bohong,jika cinta itu menyakiti
Dusta,jika cinta itu menyusahkan
Cinta adalah memberi
Tapi aku belum memiliki apa-apa untuk diberi
Mungkin itulah jadinya segala pinta ,harap, dan kata jadi tiada makna
Sehingga tiada tertanam dan tumbuh indah dipandang
Cinta tak akan berkata bahwa ia tengah terluka
Karena cinta hanyalah mencinta,bukan berkeluh kata
Tapi cinta adalah bahasa hati,bahasa mata,bahasa tubuh
Yang dengan cinta juga seharusnya dapat tersentuh
Cinta bukanlah lelah letih di dapur
Di sumur
Dan di kasur
Cinta adalah ketaatan terhadap cinta
Seperti indahnya kalamullah yang tersurat dalam kitab-Nya
"....Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku...."
Ya Rabb....
Limpahkanlah kepada kami sebuah cinta yang mentaati cinta
Cinta yang berkata dengan cinta
Cinta yang menuju cinta
Cinta yang menebarkan maslahat bagi cinta
Sebaik-baik cinta seperti dalam curahan kalam-Nya
Amin     

Wednesday, December 8, 2010

Ukhwah Fillah

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwatha
dari Abi Idris Al Khaulany rahimahullah bahawa ia 
                                   berkata

"Aku pernah masuk Masjid Damaskus.Tiba-tiba
aku jumpai seorang pemuda yang murah senyumannya
yang dikerumuni banyak orang.Jika mereka
berselisih tentang sesuatu maka mereka 
mengembalikan kepada pemuda tersebut dan
meminta pendapatnya.Aku bertanya tentang dia,
lalu dikatakan oleh mereka,'Ini Muadz bin Jabal.'
Keesokan harinya,pagi-pagi sekali aku datang
ke masjid itu lagi dan kudapati dia telah berada 
di sana tengah melakukan solat.Kutunggu
sampai dia selesai melakukan solat kemudian
aku temui dan kuucapkan salam kepadanya.Aku
berkata,'Demi Allah aku mencintaimu.'Lalu ia
bertanya.'Apakah Allah tidak lebih kau cintai?'
Aku jawab,'Ya Allah aku cintai'.Lalu ia
memegang ujung selendangku dan menariknya
seraya berkata,'Bergembiralah karena
sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah 
saw,bersabda,"Allah berfirman, cinta-Ku pasti
akan mereka peroleh bagi orang yang saling
mencintai antara satu sama lain...
  
                                         
                              

Palestin Itu Jauh Dari Kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan 
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak pijak 
anak bini dicincang oleh manusia tak
berotak
tanah air Islam dinjak-injak

 
Irama kita 
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu dayu


Irama mereka 
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka 
yahudi
Bom yang tak pernah berhenti berbunyi




Sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian
sedemikian mereka




Berpisahnya kita dari keluarga cuma
sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu & adik
beradik adalah buat selama lamanya




Tangisnya kita di dunia adalah kerana 
gagalnya kita dalam ujian 
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tangisnya mereka di dunia kerana tidak
dapat membunuh musuh Allah 
kerana gagalnya mereka menemui
kesyahidan




Rindu kita hanya bauan pada keluarga 
tercinta
Pada kekayaan melimpah ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur
membahagiakan




Rindu mereka pada wangian syurga
tertinggi...
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta...


 

Tuesday, December 7, 2010

Coretan Seorang Hamba

Di dalam sujudku
Kau dengar tangisanku
Di dalam doaku
Kau dengar rintihanku
Sepanjang hayatku
Kau lihat segala perbuatanku
Setiap perbuatanku 
Kau catat segala dosa pahalaku
Di dalam khayalku
Kau datang mengingatiku
Di dalam kegagalanku
Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku 
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku
Meleraikan lara jiwaku
Di dalam usahaku
Kau beri kejayaanku-Mu
Di dalam kegembiraanku 
Kau kurniakan nilai tawa padaku
Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu
Jika aku bukan Islam 
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
kerana nikmat seorang Islam amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir 
Aku tadah tanganku
Ku bersyukur pada-Mu Ya-Allah,
Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu 
Kerana kau Maha Mengetahui
Kau lah sebaik baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik baiknya buatku
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu 

Renovate Hati Kita

Apa yang sedikit tapi cukup itu 
lebih baik daripada yang banyak tapi
melalaikan.1 jiwa yang engkau selamatkan
lebih baik daripada kepimpinan yang engkau
tidak mampu tanggung beban tugasnya.


Seburuk buruk teguran adalah saat
kematian datang.
Seburuk buruk penyesalan adalah penyesalan
di hari kiamat.


Seburuk buruk kesesatan adalah kesesatan
selepas mendapat hidayah.
Sebaik baik kekayaan adalah 
kekayaan hati.


Sebaik baik bekal adalah taqwa.
Sebaik baik hal yang mengisi hati 
adalah keyakinan.
Keraguan itu sebahagian daripada
kekufuran.



Seburuk buruk buta adalah
buta hati.
Arak adalah punca segala dosa.
Wanita itu tali jerat syaitan.
Masa muda itu 1 cabang kegilaan.
 

Wednesday, December 1, 2010

Jangan Sombong

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Allah s.w.t. berfirman:Kemuliaan ialah serban-Ku
dan kesombongan ialah sarung-Ku.Sesiapa yang 
menandingi-Ku dalam kedua-dua sifat itu,nescaya
Aku akan melemparkannya ke dalam neraka."

(Riwayat Abu Daud) 

Catatan Kebaikan & Keburukan

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
"Allah berfirman ,'Jika hamba-Ku
berniat melakukan keburukan,jangan
kalian (para malaikat) catat kesalahannya 
hingga ia melakukannya.Jika ia 
telah melakukannya,tulislah dengan
semisalnya.Jika ia meninggalkannya
kerana-Ku ,tulislah untuknya satu
kebaikan.Jika ia berniat melakukan
kebaikan dan belum melakukannya,
tulislah untuknya satu kebaikan.Jika
telah melakukannya,tulislah untuknya 
(ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700
kali ganda,"

(RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM)