Tuesday, December 7, 2010

Coretan Seorang Hamba

Di dalam sujudku
Kau dengar tangisanku
Di dalam doaku
Kau dengar rintihanku
Sepanjang hayatku
Kau lihat segala perbuatanku
Setiap perbuatanku 
Kau catat segala dosa pahalaku
Di dalam khayalku
Kau datang mengingatiku
Di dalam kegagalanku
Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku 
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku
Meleraikan lara jiwaku
Di dalam usahaku
Kau beri kejayaanku-Mu
Di dalam kegembiraanku 
Kau kurniakan nilai tawa padaku
Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu
Jika aku bukan Islam 
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
kerana nikmat seorang Islam amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir 
Aku tadah tanganku
Ku bersyukur pada-Mu Ya-Allah,
Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu 
Kerana kau Maha Mengetahui
Kau lah sebaik baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik baiknya buatku
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu 

No comments:

Post a Comment