Wednesday, December 8, 2010

Palestin Itu Jauh Dari Kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan 
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak pijak 
anak bini dicincang oleh manusia tak
berotak
tanah air Islam dinjak-injak

 
Irama kita 
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu dayu


Irama mereka 
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka 
yahudi
Bom yang tak pernah berhenti berbunyi




Sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian
sedemikian mereka




Berpisahnya kita dari keluarga cuma
sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu & adik
beradik adalah buat selama lamanya




Tangisnya kita di dunia adalah kerana 
gagalnya kita dalam ujian 
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tangisnya mereka di dunia kerana tidak
dapat membunuh musuh Allah 
kerana gagalnya mereka menemui
kesyahidan




Rindu kita hanya bauan pada keluarga 
tercinta
Pada kekayaan melimpah ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur
membahagiakan




Rindu mereka pada wangian syurga
tertinggi...
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta...


 

No comments:

Post a Comment